Geng ♥

Nobody stay with your look. But somebody stay with your attitude.

Kata hati seorang perempuan.

Assalamualaikum


Aku ni perempuan. Biasalah perempuan. Sedikit hatinya terguris, rasa macam dihiris dengan pisau. Mungkin orang takkan faham. Tapi kalau kau betul betul perempuan, sure kau faham.
Bila sedih, lagu lagu sedih menjadi peneman dikala itu. Bukan nak manjakan diri, bukan nak ajar diri supaya jadi minah jiwang karat, tapi perasaan selepas menangis itu adalah PUAS. Sangat.

Kata hati setiap wanita

Perempuan mana nak hati dia sakiti dan terus disakiti tanpa menghiraukan apa yang dia rasa

Perempuan mana yang nak dia taburi dengan janji janji manis, tapi akhirnya? Dia yang kecewa

Perempuan mana yang takkan menangis setelah apa yang dia impikan selama ni, hancur ditengah jalan

Perempuan sentiasa nak dilayan bagaikan Puteri. Dia takminta, tapi itu lumrah seorang perempuan. Allah yang jadikan

Semua perempuan impikan kebahagiaan. Setiap perempuan nak dengar lafaz "Aku Terima Nikahnya" dari lelaki yang dia sayang

Perempuan mana yang takcemburu bila melihat orang yang dia sayang, abaikan dia. Layan orang lain?

Memang sikap seorang perempuan. Manja, takmahu dimarah, inginkan perhatian.

Perempuan, takboleh kena marah dengan orang yang dia sayang. Automatik air mata mula nak mengalir

Perempuan adalah makhluk Allah SWT yang cepat terguris dan cepat berharap

Daripada seorang yang sangat ego, garang, kasar, boleh jadi seorang yang sangat lembut dan manja untuk orang yang dia sayang

Segarang garang seorang perempuan, air matanya pasti akan mengalir jika hatinya dilukai

Adakala perempuan terpaksa jadi seorang yang 'sellfish' semata mata nak jaga hati dia sendiri

Cuba jadi kuat, walaupun dia tahu diri dia lemah

Dia rindu, tapi dia tahan. Sebab taknak ganggu orang yang dia sayang

Sekali dia lafaz 'saya sayang awak', selamanya dia sayang

Bukan niat seorang perempuan untuk tidak memahami, tapi adakalanya dia jugak ingin difahami

Perempuan memang akan kata apa saja bila dia tengah marah, tapi itulah yang akan kurangkan sikit sakit hati dia

Semua perempuan impikan kebahagiaan. Kalau boleh dia nak relationship dia kekal dan halal disisi Allah SWT

Kesimpulannya, hargailah seorang wanita. Jangan pernah cuba menyentuh hatinya, jika tiada niat untuk memetiknya.

Sincerely, 
PEREMPUAN

"Remember me in your prayers . Amin"

No comments: