Geng ♥

Nobody stay with your look. But somebody stay with your attitude.

Andai lelaki tahu.

Perempuan.


Andainya lelaki tahu hati seorang perempuan. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segala tapi lelaki itu adlah segalanya dihati dia. 
Andainya lelaki tahu. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah. tapi dia mencari kekuatan untuk terus mencintai lelaki itu. 
Andainya lelaki tahu. Apabila seorang perempuan marah, memang dia takmampu mengawal perasaan. Tapi percayalah itu bermakna dia terlampau mengambil berat dan lelaki lelaki itu. Yang baru bercinta, mereka jarang gaduh. Tapi percayalah semakin bertambah sayang kita terhadap seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang akan berlaku. 
Andainya lelaki tahu. Apabila perempuan tu bercakap banyak, dia takbermaksud nak buat awak rimas, tapi dia nak awak mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu. Apabila perempuan kata dia mahu awak berubah, itu bukan bermakna dia takmahu terima awak seadanya, tapi dia mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk dirinya, tapi untuk masa depan awak. 
Andai lelaki tahu. Apabila perempuan cemburu dan takpercayakan awak, bukan bermakna dia taksayang. Tapi terlalu sayang sebab takot kehilangan awak. Kadang kadang dia terlalu risau jika terlampau percaya. Takut awak khianati kepercayaan yang diberi. Naluri seorang perempuan, sangat kuat. Dia nak yang terbaik untuk awak dan dia. 
Andai lelaki tahu. Apabila seorang perempuan merajuk, jangan kata dia mengada ngada. Dia takminta awak pujuk dia dengan wang ringgit, hadiah comel comel. Tapi cukuplah dengan perhatian yang ikhlas dari hati yang mampu buat dia rasa dihargai. 
Andai lelaki tahu. Apabila perempuan jarang kata "i love you" tu bukan bermakna dia takcintakan awak, tapi dia nak awak rasa sendiri cintanya. Bukan hanya hadir dari kata kata. 
Andai lelaki tahu. Apabila perempuan mengatakan "saya rindu awak" dia benar benar maksudkannya. Walaupun jauh, tapi awak sentiasa ada dalam fikiran dia.
Andai lelaki tahu. Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari awak, jangan percaya kata kata dia. Dia mahu menguji awak. Melihat sejauh mana awak sanggup jadi yang terbaik dimata dia. Walaupun awak sememangnya dah terbaik dimata dia. Selagi dia dengan awak, percayalah walaupun perempuan kata ramai lebih baik dari awak, tapi awak tetap hebat dimata dia. 
Andai lelaki tahu. Apabila perempuan jadi degil, dia takmahu jadi macamtu. Tapi dia nak lihat sejauh mana kesabaran awak melayan karenah dia. Percayalah, seganas mana seorang perempuan, hati dia tetap lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Allah jadikan 2 jenis manusia. 1 lelaki, 1 perempuan. 1 gagah, 1 lemah. Dua dua ada kelebihan dan kekurangan. Dicipta berlainan supaya kita sedar yang kita saling memerlukan.

"Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat. Alhamdulillah :)"



"Remember me in your prayers . Amin"

No comments: