Geng ♥

Nobody stay with your look. But somebody stay with your attitude.

SABAR

Assalamualaikum ....

Sabar ......




Sabar ... Satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia . Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian . Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang .
Dengan sifat sabar ini , seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah .
Dengan sifat sabar ini , seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil , anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya .
Dengan sifat sabar ini , hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat , kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati .
Dengan sifat sabar ini , ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu .
Dengan sifat sabar ini juga , suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang , 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri' .
Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia , walaupun sekelumit .
Tanpa sifat sabar , bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati .
Tanpa sifat sabar , anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti .
Tanpa sifat sabar , hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan .
Tanpa sifat sabar , tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran .
Tanpa sifat sabar , alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain .
p/s : Dan kini aku sedang bersabar . Bertahan walaupun hati sakit . Sesungguhnya Allah selalu bersama dengan orang orang yang bersabar .
Jumpa dilain entry . Assalamualaikum :)



"Remember me in your prayers . Amin"

4 comments:

Unknown said...

bersabarlah selagi termampu... insyallah , anda pasti bole lakukan nya...

Eiyka ツ said...

InsyaAllah . Thanks @Dieba :)

Fatin Liyana said...

sesuatu yang indah akan datang selepas kesabaran yang SUSAH, SAKIT, STRESS =))

Eiyka ツ said...

Betul . InsyaAllah . Thanks :)