Geng ♥

Nobody stay with your look. But somebody stay with your attitude.

Hear The Heart Speaks.


Assalamualaikum


Izinkan saya bermonolog disiang hari. 

Rindu.
Kadang kadang bila dah terlalu rindukan seseorang tu, hingga menitis air mata.
Bila kita rasa rindu sangat, 
mesti kita nak pejamkan mata dan lepastu air mata kita pun mengalir tanpa kita sedari.
Rindu. Sebuah rasa yang dapat membuat hati bergebu, 
ia takpeduli dengan waktu, selalu datang menyerbu.
Foto, suara dihujung telefon dan pesanan ringkas sesungguhnya,
tak benar benar mengurangi rasa rindu.
Malah kian bertambah.

Sayang.
Taksalah kalau kita turunkan ego kita untuk orang yang kita sayang.
Taksalah sekiranya kita bersikap jujur. 
Bila sayang, beritahu. Luahkan perasaan.
Buanglah ego. Lagi kita bagi ego tu makan, lagi dia lapar.
Bila dah sayang, apa sekalipun yang dia buat, tetap kita terima.
Kalau buruk, tegur. Kalau baik, kita pelajari.
Rasa sayang bukan sesuatu yang dapat dilihat melalui mata.
Tetapi dapat dirasa dan difahami oleh hati.

Bila kita rindukan seseorang, mungkin dia rindukan orang lain.
Bila kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain.
Bila kita harapkan seseorang berada disisi kita, mungkin dia mengaharapkan orang lain.
Kesimpulannya, JUJURLAH dengan diri sendiri dan orang lain.

"Cinta itu cahaya sanubari, 
kurniaan Tuhan fitrah insani. 
Dan dimana terciptanya cinta, 
disitulah rindu bermula"


Bila disebalik perempuan yang bersinar, terdapat lelaki yang meninggalkan luka dihatinya.
Tapi disebalik lelaki yang bersinar, terdapat perempuan yang sentiasa mendoakannya.

"Kamu adalah insan yang selalu aku pikirkan di dalam benakku, 
dan aku adalah orang yang selalu merindui kamu dan sentiasa mendoakanmu.
Cukup kau rasakan.
Ya Allah, sampaikan salam rinduku"

"Remember me in your prayers . Amin"

No comments: