Geng ♥

Nobody stay with your look. But somebody stay with your attitude.

Perempuan.

Assalamualaikum


Sebut air mata, takda benda lain yang akan dikaitkan. Semestinya perempuan. Sering lihat kawan kawan termasuk diri aku sendiri menangis tanpa sebab hanya kerna seorang lelaki.
Dan Kaum Adam takpernah mengerti. Sakit. Perit. Hati ini yang rasa.
Takkata "Semua lelaki sama" tapi segelintir.

Mengapa Wanita Sering Menangis?


Memang Allah jadikan hati wanita sangat lembut. Bila dimarah, air mata mengalir. Bila dicaci, air mata mengalir. Bila tersentuh, air mata mengalir. Bila terasa, air mata mengalir. Nampak seolah olah kuat, dalam hati? Lumrah wanita mudah jatuh hati, mudah kasihan pada orang. Mudah sayang pada orang.

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu taksemuanya ada. Tapi bagi dia, lelaki itulah segalanya dihati dia.

Bukan namanya wanita jika hidup takbersulamkan air mata. Dia mengalirkan air mata bukan kerna lemah, tetapi dia mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai si lelaki.

Apabila seorang perempuan marah, memang dia takdapat mengawal perasaannya. Tapi percayalah itu bermakna dia terlampau sayang dan sentiasa mengambil berat.

Apabila seorang perempuan bercakap banyak, dia takpernah ingin membuat kamu merasa rimas. Malah dia ingin kamu lebih mengenali dirinya yang sebenar.

Apabila seorang perempuan mengatakan dia takut kamu berubah, percayalah yang dia terlampau menyayangi kamu. 

Apabila perempuan itu cemburu dan tidak percayakan kamu, tapi dia terlalu sayangkan kamu dan menganggap kamu seperti budak kecil yang masih perlukan perhatian.

Apabila perempuan merajuk, bukan niatnya untuk mengada ngada. Dia takminta dipujuk dengan wang ringgit, hadiah segalanya. Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Apabila dia nyatakan yang dia rindukan kamu, dia benar benar maksudkannya dan apabila dia nyatakan bahawa lelaki lain jauh lebih baik dari kamu, jangan percaya kerna dia sedang menguji kamu.

Apabila perempuan itu seorang yang degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil. Tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu sanggup bersabar dengan karenahnya.

Perempuan sukar mengawal perasaan. Terlalu emo. Tetapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan diri orang yang dia sayang.

Sememangnya Allah ciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu Allah ciptakan sangat indah. Disebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah, tapi dia punyai kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan membuatkan lelaki menjadi lemah kerananya.

Perempuan, dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, suri rumah, menjadi ibu yang baik pada zuriatnya kelak. Menjadi isteri yang solehah pada suaminya nanti. Hargailah kasih sayang seorang wanita. Jika dia benar benar nyatakan yang dia sayang, dia benar benar maksudkannya. 

Itulah yang bergelar perempuan....... :)




"Remember me in your prayers . Amin"

No comments: